Privacy and Personal Data Protection Policy
This Privacy and Personal Data Protection Policy (“Policy”) is issued to all our immediate and/or prospective customers, suppliers and employees pursuant to the Personal Data Protection Act 2010 (“the Act”) and serves as our personal data protection notice in accordance with the Act.
By accessing our website, interacting with us, submitting information to us, signing up for or by continuing to use any of our products and/or services offered by us (“Products and Services”), you agree and consent to Meridin Hospitality Sdn Bhd (including its related corporations) (collectively, the “Companies”), as well as its representatives and/or agents (collectively referred to herein as “MHSB”, “us”, “we” or “our”) collecting, using, disclosing and sharing amongst themselves your Personal Data, and disclosing such Personal Data to the Companies’ authorised service providers and relevant third parties in the manner set forth in this Policy.
This Policy supplements but does not supersede nor replace any other consents you may have previously provided to MHSB in respect of your Personal Data, and your consents herein are additional to any rights which to any of the Companies may have at law to collect, use or disclose your Personal Data.
MHSB may from time to time update this Policy to ensure that this Policy is consistent with our future developments, industry trends and/or any changes in legal or regulatory requirements. MHSB will post all changes to this Policy in our website https://ramadameridinjohor.com/. You are encouraged to visit our website from time to time to keep yourself updated on our latest Policy. By visiting our website or using or continuing to use our Products and Services, you hereby acknowledge and accept the changes we made to the Policy.
Effective Date: [*]
Last Review Date: [*]
Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi
Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini dikeluarkan kepada semua dan/atau bakal pelanggan, pembekal dan pekerja kami menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan berfungsi sebagai notis perlindungan data peribadi kami selaras dengan Akta.
Dengan mengakses laman web kami, berinteraksi dengan kami, mengemukakan maklumat kepada kami, mendaftar untuk menggunakan atau dengan meneruskan penggunaan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami (“Produk dan Perkhidmatan”), anda bersetuju dan memberi persetujuan kepada Meridin Hospitality Sdn Bhd (termasuk syarikat berkaitan) (dirujuk secara kolektif sebagai “Syarikat”), serta wakil dan/atau ejennya (dirujuk secara kolektif sebagai “MHSB” atau “kami”) untuk mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan berkongsi Data Peribadi anda sesama kami, dan menzahirkan Data Peribadi tersebut kepada penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa oleh Syarikat dan pihak ketiga yang berkaitan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Dasar ini.
Dasar ini melengkapkan tetapi tidak menggantikan mana-mana persetujuan lain yang mungkin telah anda berikan kepada MHSB sebelum ini yang berkaitan dengan Data Peribadi anda, dan persetujuan anda di sini adalah sebagai hak tambahan keatas mana-mana hak yang dimiliki oleh Syarikat di sisi undang-undang untuk mengumpul, menggunakan atau menzahirkan Data Peribadi anda.
MHSB boleh dari semasa ke semasa mengemas kini Dasar ini untuk memastikan bahawa Dasar ini konsisten dengan perkembangan masa depan kami, trend industri dan/atau sebarang perubahan dalam keperluan undang-undang atau peraturan. MHSB akan menyiarkan semua perubahan kepada Dasar ini di laman web kami https://ramadameridinjohor.com/ . Anda digalakkan untuk melayari laman web kami dari semasa ke semasa untuk memastikan anda sedia maklum dengan Dasar terkini kami. Dengan melayari laman web kami atau menggunakan atau meneruskan penggunaan Produk dan Perkhidmatan kami, anda dengan ini mengakui dan menerima sebarang perubahan yang dibuat terhadap Dasar ini.
1. Data Peribadi
1.1 Dalam Dasar ini, “Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat berhubung transaksi komersial yang: (a) sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu; (b) direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau (c) direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung kepada seorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan MHSB, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat mengenai individu tersebut, tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit.
1.2 Dalam urusan anda dengan MHSB atau mana-mana Syarikat kami yang berkaitan, kami akan meminta Data Peribadi anda untuk menyediakan Produk dan/atau Perkhidmatan kami kepada anda.
1.3 Bergantung kepada hubungan dan tujuan penglibatan anda dengan kami, Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, kad pengenalan, pasport atau sebarang nombor pengenalan lain, jantina, kewarganegaraan, status perkahwinan, tarikh lahir, gambar atau maklumat audio-visual lain, maklumat pekerjaan, latar belakang pendidikan, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, maklumat mengenai interaksi anda dengan laman web kami, dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan mana-mana individu yang telah anda berikan kepada kami dalam apa-apa bentuk yang mungkin dikemukakan oleh anda kepada kami, atau melalui kaedah interaksi lain dengan anda.
1.4 Bagi pekerja kami atau pemohon kerja, kami juga mungkin mengumpul resume anda, sejarah pekerjaan, pendidikan, pampasan semasa atau yang terdahulu, maklum balas majikan, semakan prestasi, tindakan tatatertib, rujukan dan sebarang butiran lain majikan terdahulu atau orang lain yang anda berikan kepada kami, alamat kediaman atau surat menyurat, cara komunikasi pilihan anda, nama terdahulu yang mungkin anda gunakan atau alias, nombor pengenalan fail cukai, nombor KWSP dan nombor PERKESO.
1.5 Kami, secara amnya, tidak mengumpul atau memproses sebarang Data Peribadi sensitif melainkan persetujuan nyata daripada anda telah diperolehi, atau di mana pemprosesan sedemikian dibenarkan atau diperlukan di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda secara sukarela memberikan kami sebarang data peribadi sensitif, kami akan menganggap bahawa anda telah memberi kami persetujuan nyata anda melalui kelakuan untuk kami mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau memproses Data Peribadi sensitif hanya untuk tujuan ia diberikan, sekiranya munasabah untuk menganggap bahawa anda akan memberikan maklumat tersebut secara sukarela, dan selaras dengan Akta. Data Peribadi sensitif termasuk, tetapi tidak terhad kepada, berikut:
(a) keadaan kesihatan fizikal atau mental anda;
(b) pendapat politik anda;
(c) kepercayaan agama anda atau kepercayaan lain yang seumpamanya;
(d) pelakukan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan anda; dan
(e) data biometrik.
2. Pengumpulan Data Peribadi
2.1 Secara amnya, kami mengumpul Data Peribadi melalui cara-cara berikut:
(a) apabila anda menyerahkan sebarang borang, termasuk tetapi tidak terhad kepada borang permohonan dan pendaftaran atau borang lain yang berkaitan dengan mana-mana Produk dan Perkhidmatan kami;
(b) apabila anda memasuki sebarang perjanjian atau memberikan dokumentasi atau maklumat lain berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, atau apabila anda menggunakan Produk dan Perkhidmatan kami;
(c) apabila anda berinteraksi dengan kakitangan kami, termasuk pegawai perkhidmatan pelanggan, contohnya, melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, mesyuarat bersemuka, platform media sosial dan e-mel;
(d) apabila anda menggunakan perkhidmatan elektronik kami, atau berinteraksi dengan kami melalui laman web kami atau menggunakan perkhidmatan di laman web kami;
(e) apabila anda meminta kami menghubungi anda atau meminta anda dimasukkan dalam e-mel atau senarai mel lain;
(f) apabila anda memberi maklum balas kepada promosi, inisiatif kami atau sebarang permintaan untuk Data Peribadi tambahan;
(g) apabila anda mengemukakan permohonan pekerjaan atau apabila anda memberikan dokumen atau maklumat termasuk resume dan/atau CV anda berkaitan dengan sebarang pelantikan sebagai pegawai, pengarah, wakil atau mana-mana jawatan lain;
(h) apabila imej anda dirakam oleh kami melalui kamera litar tertutup (CCTV) atau sistem pengecaman wajah ketika anda berada di premis kami, atau melalui gambar atau rakaman video yang diambil oleh kami atau wakil kami semasa anda menghadiri acara di premis kami;
(i) apabila anda dihubungi oleh, dan memberi maklum balas kepada, wakil pemasaran dan pegawai perkhidmatan pelanggan kami;
(j) apabila kami menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga, sebagai contoh, di mana anda telah dirujuk oleh mereka dengan persetujuan anda;
(k) apabila kami mendapatkan maklumat mengenai anda daripada pihak ketiga dan menerima Data Peribadi anda berkaitan dengan hubungan anda dengan kami, termasuk untuk Produk dan Perkhidmatan kami atau permohonan pekerjaan, seperti, daripada rakan kongsi perniagaan, agensi awam, bekas majikan anda, perantara rujukan dan pihak berkuasa yang berkaitan; dan/atau
(l) apabila anda menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami atas sebarang sebab-sebab lain.
2.2 Jika anda memberikan kami sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (contohnya, maklumat mengenai pasangan, anak-anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda), dengan mengemukakan maklumat tersebut kepada kami, anda menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga tersebut untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untuk tujuan yang berkaitan.
2.3 Kami tidak akan dengan sengaja mengumpul atau memproses Data Peribadi individu di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga sah mereka. Sekiranya kami mengumpul atau memproses Data Peribadi individu di bawah umur 18 tahun, kami akan memerlukan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Jika anda memberikan persetujuan bagi pihak kanak-kanak bawah umur, anda dengan ini mengesahkan dan menjamin bahawa anda mempunyai kuasa yang sepatutnya untuk memberikan persetujuan bagi kanak-kanak tersebut.
2.4 Anda hendaklah memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan anda untuk berbuat demikian boleh menyebabkan ketidakupayaan kami untuk menyediakan Produk dan Perkhidmatan yang anda minta, atau menyebabkan kelewatan dalam pemprosesan permohonan anda.
2.5 Bergantung kepada tujuan pengumpulan Data Peribadi tersebut, anda mungkin wajib memberikan maklumat tertentu bagi membolehkan kami memproses permintaan anda dan menyediakan Produk dan Perkhidmatan kami. Jika boleh dan berkenaan, Data Peribadi yang diperlukan akan ditandakan sebagai mandatori pada waktu pengumpulan. Sila ambil maklum bahawa kegagalan untuk memberikan sebarang Data Peribadi yang ditetapkan sebagai mandatori boleh mengehadkan, menangguhkan atau sebaliknya menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan Produk dan Perkhidmatan kami kepada anda, atau untuk memberikan maklum balas yang berkesan terhadap permintaan, pertanyaan atau permohonan anda.
3. Tujuan Pengumpulan, Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi Anda
3.1 Secara amnya, MHSB mengumpul, menggunakan, memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:
(a) berurus niaga dengan anda dan menyediakan Produk dan Perkhidmatan kami;
(b) menjawab pertanyaan, maklum balas, aduan dan permintaan anda;
(c) menguruskan operasi pentadbiran dan perniagaan MHSB dan mematuhi dasar dalaman, keperluan pelaporan dan prosedur;
(d) menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan;
(e) tujuan penyimpanan rekod dalaman;
(f) memberi notifikasi melalui kaedah komunikasi pilihan anda untuk memaklumkan kepada anda tentang Produk dan Perkhidmatan kami atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda;
(g) tujuan pemasaran, seperti menganjurkan kempen pemasaran, promosi, projek tanggungjawab sosial korporat, program kesetiaan, peraduan dan pertandingan;
(h) meminta maklum balas atau penyertaan dalam tinjauan, serta menjalankan penyelidikan dan/atau analisis pasaran untuk tujuan statistik, pemprofilan atau tujuan lain untuk kami menganalisis tingkah laku, keutamaan dan arah aliran pasaran pelanggan, dan untuk menyemak, membangun dan meningkatkan kualiti Produk dan Perkhidmatan kami;
(i) memantau atau merakam panggilan telefon dan interaksi pelanggan untuk tujuan jaminan kualiti, latihan pekerja, penilaian prestasi dan pengesahan identiti;
(j) mencegah, mengesan dan menyiasat pertikaian, pengebilan, salah laku atau penipuan;
(k) menguruskan keselamatan dan perlindungan premis serta perkhidmatan kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjalankan pengawasan CCTV dan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan);
(l) tujuan undang-undang yang berkaitan dengan sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding dan/atau melindungi dan menguatkuasakan hak dan kewajipan kontrak dan undang-undang kami;
(m) menjalankan siasatan yang berkaitan dengan pertikaian,pengebilan atau penipuan;
(n) mematuhi atau memenuhi sebarang peraturan, undang-undang, kaedah, kod amalan atau garis panduan yang berkenaan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan perundangan, berkanun atau kawal selia yang mengikat MHSB (termasuk tetapi tidak terhad kepada memberi maklum balas terhadap aduan kawal selia, penzahiran kepada badan kawal selia, penzahiran yang diperlukan untuk kepentingan awam atau dalam situasi kecemasan serta menjalankan pemeriksaan audit, usaha wajar dan siasatan yang mungkin dijalankan oleh pihak berkuasa berkanun); dan/atau
(o) tujuan-tujuan lain yang munasabah dan berkaitan dengan perkara di atas.
3.2 Di samping itu, MHSB mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:
(a) jika anda merupakan seorang pekerja, penyedia perkhidmatan atau penjual luaran yang dilantik atau dipertimbangkan oleh MHSB:
(i) untuk menguruskan pekerjaan anda dengan kami;
(ii) untuk menilai kesesuaian anda sebagai penyedia perkhidmatan atau penjual luaran;
(iii) menguruskan tender dan sebut harga projek, memproses pesanan atau menguruskan pembekalan barangan dan perkhidmatan;
(iv) tujuan-tujuan lain yang munasabah dan berkaitan dengan perkara di atas.
(b) Jika and seorang pemohon kerja:
(i) memproses permohonan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemeriksaan pra-pengambilan yang melibatkan kelayakan anda serta menjalankan temu duga);
(ii) membuat semakan rujukan dan pemeriksaan latar belakang
(iii) melaksanakan proses pengambilan pekerja yang berjaya dan memudahkan perancangan serta pengurusan sumber manusia; dan/atau
(iv) tujuan-tujuan lain yang munasabah dan berkaitan dengan perkara di atas.
4. Hak anda
4.1 Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk penarikan balik persetujuan untuk tujuan pemasaran, dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan di perkara 9 di bawah. Sila ambil maklum bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan pemasaran atau promosi, kami masih boleh menghubungi anda untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan yang telah anda minta daripada MHSB. Kami akan memproses mana-mana permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Dalam tempoh peralihan ini, anda mungkin akan masih menerima bahan/komunikasi pemasaran atau promosi.
4.2 Anda boleh meminta untuk mengakses Data Peribadi anda yang telah kami kumpul dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan di bawah. Anda juga boleh meminta untuk membetulkan sebarang kesilapan atau peninggalan dalam Data Peribadi anda yang telah kami kumpulkan mengikut cara yang sama.
4.3 Untuk memproses permintaan anda, kami mungkin perlu meminta maklumat lanjut seperti pengesahan identiti. Sebagaimana dibenarkan di bawah undang-undang, kami berhak untuk menolak mana-mana permintaan anda.
5. Penzahiran / Pemindahan Data Peribadi
5.1 MHSB akan mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda daripada penzahiran tanpa persetujuan. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang berkaitan, Data Peribadi anda boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas (jika berkenaan). Dengan meneruskan berurusan dengan kami, anda dianggap telah memberikan persetujuan dengan penzahiran dan pemindahan rentas sempadan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut di dalam atau di luar Malaysia, di mana pezahiran atau pemindahan tersebut diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Senarai pihak ketiga adalah seperti berikut dan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa:
(a) syarikat-syarikat berkaitan dengan MHSB;
(b) syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan saringan perubatan, insurans dan perundingan kepada MHSB;
(c) rakan kongsi perniagaan, penyedia perkhidmatan dan ahli sekutu yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan dengan perniagaan kami;
(d) penasihat profesional kami seperti perunding, juruaudit dan peguam;
(e) penyedia perkhidmatan pihak ketiga, syarikat pengurusan pihak ketiga, sub-kontraktor atau pihak lain yang dianggap perlu oleh kami untuk memudahkan urusan anda dengan kami;
(f) kementerian kerajaan, pengawal selia, lembaga berkanun atau pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan peraturan atau skim yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan; dan/atau
(g) mana-mana pihak lain yang anda beri kuasa kepada kami untuk menzahirkan Data Peribadi anda.
5.2 Selanjutnya, di mana sebarang penzahiran atau pemindahan dibuat, kami juga akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan penzahiran atau pemindahan tersebut dijalankan dengan cara yang selamat dan terjamin melalui penggunaan penyulitan standard industri, protokol pemindahan fail selamat (seperti SFTP/HTTPS), fail yang dilindungi dengan kata laluan, kawalan akses, serta perjanjian kerahsiaan.
6. Penggunaan Kuki
6.1 Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pengguna di laman web kami. Kuki ialah fail teks kecil yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun dan boleh disimpan pada peranti anda seperti komputer, telefon pintar atau tablet. Kuki dan teknik yang serupa kadangkala diperlukan untuk mengingati tetapan akaun, bahasa dan negara anda, tetapi ia juga membolehkan kami mengukur dan menganalisis tingkah laku anda dan mungkin digunakan untuk menunjukkan iklan yang diperibadikan kepada anda di laman web kami atau di laman web pihak ketiga.
6.2 Jika perlu, anda akan diminta untuk bersetuju dengan penggunaan kuki kami. Anda boleh memilih untuk menolak kuki melalui tetapan pelayar anda, namun anda mungkin tidak dapat mengakses atau menggunakan ciri tertentu laman web kami.
7. Keselamatan Data
7.1 Untuk mengelakkan sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan dan/atau menyalahi undang-undang, serta kehilangan, pemusnahan atau kerosakan Data Peribadi anda secara tidak sengaja, kami akan melaksanakan perlindungan, dasar dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang munasabah, setakat yang wajar, mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
7.2 MHSB komited untuk mengambil langkah-langkah teknikal, fizikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, pemprosesan yang menyalahi undang-undang, kehilangan atau kerosakan secara tidak sengaja, dan pemusnahan Data Peribadi anda tanpa kebenaran.
7.3 Kami akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang munasabah seperti (i) pelaksanaan kawalan akses, (ii) penilaian berkala risiko keselamatan siber, (iii) perlindungan anti-virus dan firewall, dan (iv) sekatan akses berdasarkan peranan dan tanggungjawab.
7.4 Walaupun MHSB melaksanakan langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda, tiada sistem boleh bebas sepenuhnya daripada risiko. Kami akan terus menyemak dan meningkatkan langkah keselamatan kami untuk mengurangkan potensi ancaman dan melindungi data anda setakat mana yang munasabah.
8. Pengekalan dan Pelupusan Data
8.1 Semua Data Peribadi akan disimpan selama mana ia diperlukan untuk tujuan-tujuan ia dikumpulkan, selaras dengan dasar penyimpanan data kami. Selepas itu, kami boleh terus menyimpan Data Peribadi tersebut untuk tempoh lanjut sehingga maksimum tujuh (7) tahun (“Tempoh Penyimpanan”) bagi memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia, melindungi kepentingan sah kami, atau untuk apa-apa tujuan sah yang lain.
8.2 Selepas Tempoh Penyimpanan tamat, kami akan memusnahkan atau memadam secara kekal Data Peribadi yang tidak diperlukan lagi.
9. Menghubungi Kami
9.1 Sekiranya anda ingin menghubungi kami mengenai Data Peribadi anda atau Dasar ini, atau jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan mengenai Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dpo_meridinhospitality@hhq.com.my.
10. Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
10.1 Laman web Syarikat kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga di mana kami tidak mempunyai sebarang kawalan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi dan/atau perlindungan data oleh laman web pihak ketiga tersebut. Setelah anda meninggalkan Laman Web kami dengan mengklik pautan yang berkaitan, penggunaan laman web pihak ketiga tersebut akan tertakluk kepada dasar privasi atau dasar perlindungan data laman web tersebut.
11. Undang-undang yang Mentadbir
11.1 Dasar ini akan ditadbir sepenuhnya menurut undang-undang Malaysia.
12. Bahasa
12.1 Dasar ini dikeluarkan dalam versi bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi bahasa Inggeris Dasar ini akan diguna pakai.
Klik di sini untuk muat turun dalam PDF
Tarikh Berkuat Kuasa: [*]
Tarikh Semakan Terakhir: [*]